SLOGAN SEKOLAH KAMI

SKNMT PASTI CEMERLANG , CERGAS , MAJU , BERDISPLIN

Kami Bangga Menjadi Warga SKNMT

Kami Bangga Menjadi Warga SKNMT

Selasa, 7 April 2015

Sejarah Sekolah SK Nakhoda Muhammad Taib Bt 3 Segari

SEJARAH SEKOLAH


     Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Batu 3 yang mula ditubuhkan pada 5 Jun 1928 atas daya usaha penduduk-penduduk kampung itu sendiri. Sekolah ini hanya beratap  nipah dan berdindingkan zink.  Seramai 28 orang murid telah memulakan persekolahan mereka dan pelajarannya hanya sehingga Darjah 4 sahaja.

     Pada masa pemerintahan Jepun bangunan ini telah runtuh.  Hampir 7 tahun kampung ini  tidak mempunyai sekolah.  Sekali lagi dengan kerjasama orang-orang kampung sebuah lagi sekolah didirikan tidak jauh dari bangunan yang pertama itu pada  3 April 1949.  Sekolah ini yang beratap nipah, berdindingkan tepas, bertiangkan kayu bulat dan berlantaikan tanah,  tidak mampu bertahan lama.  Oleh kerana  itu, disebabkan terlalu uzur dan membimbangkan keselamatan murid-murid ianya diruntuhkan pada 4  September  1954.  
     Sementara menunggu bangunan yang baru, hampir 3 bulan lamanya murid-murid terpaksa belajar di bawah pokok dan menumpang di bawah rumah orang.Penduduk kampung yang mana tidak mengenal jemu telah merayu kepada Jabatan Pelajaran Perak untuk membina bangunan baru untuk kepentingan pelajaran anak-anak mereka.  Akhirnya Jabatan Pelajaran Perak telah membina bangunan yang ketiga  di atas kawasan tanah kerajaan yang luasnya 3 ekar dan dibuka pada  13 Disember 1954.  Pada tahun 1975 di bawah Rancangan Malaysia Kedua maka sebuah bangunan batu dua tingkat yang mengandungi 4 bilik darjah, pejabat Guru  Besar, bilik guru, tandas dan sebuah perpustakaan telah dibina dan dibuka pada 22 April 1976.
     Walaupun sekolah baru telah dibina tetapi ianya tidak mencukupi untuk menampung keperluan murid.Bangunan lama masih digunakan hingga akhir tahun 1983.Pada awal tahun 1984, murid-murid dari 2 bilik darjah terpaksa belajar di Dewan Orang Ramai kerana bangunan lama sudah terlalu uzur.Di atas permohonan PIBG  dan Guru Besar serta Pejabat Pelajaran Daerah Manjung, maka sebuah bangunan kilat telah dibina pada bulan Julai 1984 dan ianya digunakan pada 1 November 1984.  
     Pada akhir tahun 1984 sebuah kantin telah dibina dan digunakan pada  3 Mei 1985. Pada 19 Oktober 1982 atas daya usaha Guru Besar pada masa itu, En. Md. Akhir b.  Leman, Sekolah Kebangsaan Batu 3 telah ditukarkan namanya kepada Sekolah Kebangsaan Nakhoda Muhammad Taib, Batu 3 Segari, 32200 Lumut, Perak Darul Ridzuan. 
     Ianya diambil sempena nama seorang ahli pelayaran dan perniagaan yang terkenal dari Batu Bahara di Pantai Timur Sumatera Utara.Pada 10 November 2001, sekolah ini telah berubah wajah dengan mendapat tambahan pembesaran kantin, bilik makan guru, dataran kejat dan bangsal basikal. 
     Pada tahun 2002, sebuah bangunan makmal komputer telah didirikan dan siap digunakan pada Januari 2003. Pada tahun sama juga, sebuah bangunan pantadbiran  4 tingkat yang baru dibina yang mengandungi pejabat merangkumi bilik Guru Besar dan Penolong Kanan, Bilik Guru, BilikMesyuarat, Makmal Sains, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Muzik, Setor Sukan, Setor Am, 6 Bilik Darjah, Tandas Guru dan Murid. Bangunan ini digunakan pada Ogos  2004.
    Pada bulan November 2003, sebuah bilik darjah bangunan kilat diubahsuaikan untuk dijadikan kelas Prasekolah yang akan memulakan sesi pembelajarannya pada  sesi persekolahan 2004.  Perluasan kelas Prasekolah bertambah kepada 2 kelas pada tahun 2007.Pada tahun 2006 sebuah tempat letak kereta guru dan staf dan sebuah gelanggang sepak takraw telah dibina di bawah peruntukan projek luar Bandar. Pada bulan September, 2010 Perluasan Kelas Prasekolah 2011 di bawah  Projek Pembangunan Pendidikan NKRA telah dibina sebuah kelas menjadi 3 buah kelas prasekolah. 
     Pada tahun 2011 sebuah bilik bersebelahan Pusat Sumber telah dibaikpulih dan dijadikan GALERI NAKHODA. Galeri ini menyimpan dan mempamerkan bahan-bahan berkaitan Nakhoda Muhammad Taib dari mana nama sekolah ini di perolehi.
     Guru Besar yang pernah bertugas di sekolah ini ialah :1. En.Harun b. Taib (1928)2. En. Alus b. Osman ( 1934)3. En. Abd.Hamid b. Mohd.Amin (1939)4. En.Ahmad b. Uda Mohd.Ali (1949)5. En.Ihsan b. Mohd.Yasin (1955)6. En.Ramli b. Saidin (1961)7. YM Raja Yunus b. Raja Yussuf (1962)8. En.Abd. Rahman b. Omar (1971)9. En. Sanusi b. Sirun(1973)10. En. Md. Akhir b. Leman (1980)11. En. Jamaluddin b. Abd.Hamid (1982)12. En.Arshad b. Omar (1986)13. En.Arshad b. Ismail (1987)14. En.Ismail  b.  Nayan (1990)15. En.Hassan  b. Don (2000)16. En. Ramlan b. Hussin (2001 – 6.11.2003)17. En. Zainal b. Bahari (19.9.2004 – 30.11.2005)18. Pn. Hajah Mislimah bt. Tokijan (1.12.2005 – 13.2 2006)19. Pn. Hajah Rosnah bt. Darus  PPN   Bersara wajib (1.6.2006 – 19.7.2007) 20. Pn. Azizah  bt.  Ramli (16.8.2007 – 19.9 2011.21. En.Azman  b.  Abdul Wahid (20.9.2011  sehingga sekarang).


























Tiada ulasan:

Catat Ulasan